SELAMAT DATANG KE BLOG GEGAR PANTAI TIMUR DIHARAPKAN BAHAN DAN INFORMASI DI DALAM BLOG INI DAPAT DIMANFAATKAN UNTUK SEMUA

Selasa, 28 Januari 2014

SOALAN UMUM MATRADE





SOALAN UMUM MENGENAI PERBADANAN PEMBANGUNAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA (MATRADE)
1.   Bagaimanakah cara untuk mendaftar sebagai ahli MATRADE?
Pengeksport Malaysia atau syarikat sedia mengeksport adalah dialu-alukan untuk menjadi ahli MATRADE dengan mendaftar secara atas talian dengan menekan di sini atau menghantar Borang Pendaftaran Pengeksport Malaysia kepada Unit Khidmat Nasihat Perdagangan. Pendaftaran sebagai ahli MATRADE adalah percuma.
2. Apakah faedah menjadi ahli MATRADE?
Faedah sebagai Ahli MATRADE adalah seperti berikut :
  • Padanan Perdagangan dengan pembeli-pembeli asing dan mendapat makluman terkini mengenai aktiviti promosi perdagangan yang dijalankan oleh MATRADE.
  • Akses kepada maklumat pasaran yang dikumpulkan oleh rangkaian pejabat MATRADE seluruh dunia yang berpejabat di 30 bandar perdagangan utama.
  • Berita mingguan berkenaan peluang eksport dan perdagangan luar negara menerusi Trade Leads dan MATRADE ONLINE News 2 minggu sekali yang dihantar secara emel
  • Profil syarikat akan disenaraikan di dalam pangkalan data pengekport MATRADE dan laman web MATRADE
  • Kemasukkan percuma ke Perpustakaan Perniagaan MATRADE yang mempunyai liputan sumber yang meluas seperti direktori perniagaan, profil negara, jadual tarif, laporan pasaran, majalah dan statistik.
  • Akses ke Web OPAC untuk melihat koleksi Perpustakaan Perniagaan daripada terminal komputer anda.
  • Mempromosi produk dan perkhidmatan syarikat ke luar negara dengan menyertai misi perdagangan dan pelaburan, pameran perdagangan dan gerai promosi yang dijalankan oleh MATRADE.
  • Layak untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan syarikat di Pusat Pameran Eksport Malaysia (MEEC)
  • Menyertai seminar pembangunan eksport MATRADE dan program kemahiran pemasaran.
  • Makluman terkini mengenai E-Commerce melalui laman web MATRADE.



Tiada ulasan: