SOALAN UMUM MENGENAI PERBADANAN PEMBANGUNAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA
(MATRADE)
1. Bagaimanakah
cara untuk mendaftar sebagai ahli MATRADE?
Pengeksport Malaysia atau
syarikat sedia mengeksport adalah dialu-alukan untuk menjadi ahli MATRADE
dengan mendaftar secara atas talian dengan menekan di sini atau menghantar
Borang Pendaftaran Pengeksport Malaysia kepada Unit Khidmat Nasihat
Perdagangan. Pendaftaran sebagai ahli MATRADE adalah percuma.
2. Apakah
faedah menjadi ahli MATRADE?
Faedah sebagai Ahli MATRADE adalah
seperti berikut :
- Padanan Perdagangan dengan pembeli-pembeli
asing dan mendapat makluman terkini mengenai aktiviti promosi perdagangan
yang dijalankan oleh MATRADE.
- Akses kepada maklumat pasaran yang dikumpulkan
oleh rangkaian pejabat MATRADE seluruh dunia yang berpejabat di 30 bandar
perdagangan utama.
- Berita mingguan berkenaan peluang eksport dan
perdagangan luar negara menerusi Trade Leads dan MATRADE ONLINE News 2
minggu sekali yang dihantar secara emel
- Profil syarikat akan disenaraikan di dalam pangkalan
data pengekport MATRADE dan laman web MATRADE
- Kemasukkan percuma ke Perpustakaan Perniagaan
MATRADE yang mempunyai liputan sumber yang meluas seperti direktori
perniagaan, profil negara, jadual tarif, laporan pasaran, majalah dan
statistik.
- Akses ke Web OPAC untuk melihat koleksi
Perpustakaan Perniagaan daripada terminal komputer anda.
- Mempromosi produk dan perkhidmatan syarikat ke
luar negara dengan menyertai misi perdagangan dan pelaburan, pameran
perdagangan dan gerai promosi yang dijalankan oleh MATRADE.
- Layak untuk mempamerkan produk dan
perkhidmatan syarikat di Pusat Pameran Eksport Malaysia (MEEC)
- Menyertai seminar pembangunan eksport MATRADE
dan program kemahiran pemasaran.
- Makluman terkini mengenai E-Commerce melalui
laman web MATRADE.